asslammualaikum…
ye..apa khabar??harap-harap sesiapa yang membabca blog azrul ni sihat-sihat belaka… ye hari ni hari
khamis…tapi apa yang azrul ingin tuliskan hari ini ialah cerita pasal semalam…
“yeaaahhh..cuti sem dah dating…”
Mungkin itu yan diperkatakan pelajar-pelajar UITM…
Tetapi tidak bagi azrul…
Azrul bukanlah pelajar UITM…=’(
Cuti sem adalah waktu yang paling sesuai untuk azrul berjumpa kembali dengan kawan-kawan lama azrul yamh telah melanjutkan pengajian ke UITM…tetapi yang tinggal di ipoh jelah…macam sean,indah,fadhilah,mira,syafinas,faziella….diaorang ni nama je orang ipoh…tapi nak jumpanya cukuplah susah…
Ok semalam azrul hangout dengan sean,fadhilah,mira & azira….walaupun duduk kat rumah nenek kat gerik..tetapi oleh kerana semangatnya nak jumpa dengan azrul…(ceehhhwahhh…)sanggup azira turun ipoh…bak kata azira..”sebab azrul..aku turun ipoh..”wahh..baguslah kalo macam tu..
Sebelum tu…nak story sikit…azrul & sean pergi ipoh naik kenderaan awam je..bas pekan…ye kita orang bercadang nak tunggu kat pasa bina…ye azrul mengaku azrul memang lambat hari tu…tapi tak adalah lambat sangat…sean biasalah buat muka t*h* dialah…muncung macam mak bedah belakang rumah mak som…(ayat tak boleh bla…)tapi bila dah naik bas…ok je…ye azrul tahu sean ni marah bukannya lama sangat…ye ke??tah le…
Sampai di pecan ipoh kami singgah makan di taman kanak-kanak..kalau orang ipoh..memang tahulah tempat tu dimana…sebelah kamdar..memandangkan azrul pun tak breakfast di rumah..kita orang decide makan nasi lauk je..lagipun masa tu dah tengah hari…lauk kita orang…nasi putih+ayam+sayur…nak tau harga?ye harganya RM4.50..mahal ke murah ye harga tu?rasa-rasa berbaloi ke makan dengan harga tu?makanannya tak adalah sedap mana..setakat sedap pak aji je…
Ye sesudah makan kami bergerak ke ipoh parade dengan menaiki teksi..tak jauh pun kalau dari taman kanak-kanak tu..tapi disebabkan sean ni malas nak jalan kaki.so we decide ambik teksi pergi sana..tabang RM6..so cutting = RM3 sorang…
Sampai sana ..jalan-jalan dulu..tengok-tengok apa yang patut..cuci-cuci mata laa…hehehe…sambil menunggu kedatangan mira,fadhilah & azira..ye bila diaorang dating azrul & sean tengok diaorang makan pulak..hehehe..lagipun kita orang dah makan…diaorang baru sampai..bagilah diaorang makan dulu…
Then kami tengok wayang..tengok cerita FLAT 3A..overall…azrul bagi 2 bintang jelah…tak seram mana pun..biasa-biasa je…bagi kita orang cerita ni agak lawak la…yelah dalam panggung tu adalah sorang ni melatah…macam-macam perkataan yang terkeluar..yealh cerita seram-seram macam ni kan banyak kesan-kesan bunyi yang buat orang terkejut je..so apalagi..sorang hamba Allah ni…asyik melatah je kejenya…so satu panggung dok gelak je..kesian kat dia….sean dari awal kata cerita ni tak best…sampai minit-minit terakhir,sean boleh tidur pulak…Nampak sangat tak bestnya cerita tu…hehehe…tengoklah berapa bintang yang azrul bagi tu…biasa-biasa je jalan ceritanya…
Habis tengok cerita ni yang perempuan terus balik…kami jalan-jalan lagi di ipoh parade..sean nak cari baju untuk dinner uitm nanti…tapi tak ade yang berkenan di hati pun…kami bertolak balik jam 6 lebih macam tu…balik singgah tesco st. 18..makan lagi…makan chicken chop…ok lah…nak kata sedap sangat tu idak le..ok-ok je..
Tu jelah cerita untuk hari ni..ye azrul tahu..entry yang tak best langsung..ye azrul sedar yang azrul bukan lah seorang blogger yang hebat macam sesetengah orang tu…sampai di sini sahaja..adioss…
Sedapnya lagu sad sonata by yoon gun…walaupun tak paham bahasanya..
p/s: azrul dah dua hari tak online facebook..yeaahh im still “alive” yoo…
salam..perenggan ke enam..it should be PEKAN....bukan PECAN....segala kesilapan harap dimaafkan..hehehehe..perenggan ketujuh it should be TAMBANG....bukan TABANG...perenggan kelapan..it should be DATANG....bukan DATING...kalau diperhatikan..banyak sangat typo...harap2 entry akan datang azrul lebih peka...cehhwahh....
ReplyDelete