21.7.11

SEKADAR MENTERNAK LEMAK DI MCD STATION 18

ASSLAMMUALAIKUM
ye 21/07/2011
sekali lagi azrul keluar jumpa sean..
melalui perjanjian sepatutnya fadhilah & iqmal pon join...
tetapi mereka ada masalah peribadi yang tidak
dapat dielakkan..
tak apalah..tak ada rezeki namanya tu...
ok enjoy our photo yang bajet hot ni 



ok sean makan banyak


ok azrul makan 'sikit'


tu dia lagi


makam aiskrim pulak


azrul taknak kalah...saya pun makan aiskrim


ok..jampi dulu sebelum makan...


sebelum makan..kena letak sos+lada hitam baru spicy....


time untuk ngaaapp . . .


lepas makan burger . . . sambung makan aiskrim balik ...


ok..tambah lagi suapan aiskrim ye sean ... 


masa untuk makan McSHAKER...


ok sean macam tak suka...tapi habis jugak


jaga-jaga...ada yang memperhatikan azrul...nak tau siapa...tengok gambar seterusnya...


ok..dia dah nak keluar dah...dah dapat klu dah? tak dapat lagi?ok tengok next gambar..dia betul-betul keluar punya...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



ahaaa..tu dia..dia dah keluar..adikk...kenapa mata bengkak?nangis ye tak dapat tangkap gambar dengan abang?(ayat poyo+tipu)


ok lepas makan-makan mesti kene minum k...walaupun airnya boleh reload..tapi sean tak reload k..
tapi sebelum-sebelum ni sean memang suka reload air kat mcd


kat sink pon jadi...


ahaaa..sean sakit kuning....


ngeeeeee......


ok bajet comey

-

azrul yang biasa-biasa sahaja


ok ini memang bonus track..sean model pandu lalu mcd...


ok itu sahaja yang dapat ditayangkan..

p/s: malam ni masa azrul menulis blog ni..azrul tengah makan burger jugak...memang betul-betul ternak lemak lah azrul ni...pastu tidur je kerjanya...













































masa ni lah nak jumpanya . . .

asslammualaikum…
ye..apa khabar??harap-harap sesiapa yang membabca blog azrul ni sihat-sihat belaka… ye hari ni hari
khamis…tapi apa yang azrul ingin tuliskan hari ini ialah cerita pasal semalam…


“yeaaahhh..cuti sem dah dating…”
Mungkin itu yan diperkatakan pelajar-pelajar UITM…
Tetapi tidak bagi azrul…
Azrul bukanlah pelajar UITM…=’(

Cuti sem adalah waktu yang paling sesuai untuk azrul berjumpa kembali dengan kawan-kawan lama azrul yamh telah melanjutkan pengajian ke UITM…tetapi yang tinggal di ipoh jelah…macam sean,indah,fadhilah,mira,syafinas,faziella….diaorang ni nama je orang ipoh…tapi nak jumpanya cukuplah susah…

Ok semalam azrul hangout dengan sean,fadhilah,mira & azira….walaupun duduk kat rumah nenek kat gerik..tetapi oleh kerana semangatnya nak jumpa dengan azrul…(ceehhhwahhh…)sanggup azira turun ipoh…bak kata azira..”sebab azrul..aku turun ipoh..”wahh..baguslah kalo macam tu..

Sebelum tu…nak story sikit…azrul & sean pergi ipoh naik kenderaan awam je..bas pekan…ye kita orang bercadang nak tunggu kat pasa bina…ye azrul mengaku azrul memang lambat hari tu…tapi tak adalah lambat sangat…sean biasalah buat muka t*h* dialah…muncung macam mak bedah belakang rumah mak som…(ayat tak boleh bla…)tapi bila dah naik bas…ok je…ye azrul tahu sean ni marah bukannya lama sangat…ye ke??tah le…

Sampai di pecan ipoh kami singgah makan di taman kanak-kanak..kalau orang ipoh..memang tahulah tempat tu dimana…sebelah kamdar..memandangkan azrul pun tak breakfast di rumah..kita orang decide makan nasi lauk je..lagipun masa tu dah tengah hari…lauk kita orang…nasi putih+ayam+sayur…nak tau harga?ye harganya RM4.50..mahal ke murah ye harga tu?rasa-rasa berbaloi ke makan dengan harga tu?makanannya tak adalah sedap mana..setakat sedap pak aji je…

Ye sesudah makan kami bergerak ke ipoh parade dengan menaiki teksi..tak jauh pun kalau dari taman kanak-kanak tu..tapi disebabkan sean ni malas nak jalan kaki.so we decide ambik teksi pergi sana..tabang RM6..so cutting = RM3 sorang…

Sampai sana ..jalan-jalan dulu..tengok-tengok apa yang patut..cuci-cuci mata laa…hehehe…sambil menunggu kedatangan mira,fadhilah & azira..ye bila diaorang dating azrul & sean tengok diaorang makan pulak..hehehe..lagipun kita orang dah makan…diaorang baru sampai..bagilah diaorang makan dulu…

Then kami tengok wayang..tengok cerita FLAT 3A..overall…azrul bagi 2 bintang jelah…tak seram mana pun..biasa-biasa je…bagi kita orang cerita ni agak lawak la…yelah dalam panggung tu adalah sorang ni melatah…macam-macam perkataan yang terkeluar..yealh cerita seram-seram macam ni kan banyak kesan-kesan bunyi yang buat orang terkejut je..so apalagi..sorang hamba Allah ni…asyik melatah je kejenya…so satu panggung dok gelak je..kesian kat dia….sean dari awal kata cerita ni tak best…sampai minit-minit terakhir,sean boleh tidur pulak…Nampak sangat tak bestnya cerita tu…hehehe…tengoklah berapa bintang yang azrul bagi tu…biasa-biasa je jalan ceritanya…


Habis tengok cerita ni yang perempuan terus balik…kami jalan-jalan lagi di ipoh parade..sean nak cari baju untuk dinner uitm nanti…tapi tak ade yang berkenan di hati pun…kami bertolak balik jam 6 lebih macam tu…balik singgah tesco st. 18..makan lagi…makan chicken chop…ok lah…nak kata sedap sangat tu idak le..ok-ok je..

Tu jelah cerita untuk hari ni..ye azrul tahu..entry yang tak best langsung..ye azrul sedar yang azrul bukan lah seorang blogger yang hebat macam sesetengah orang tu…sampai di sini sahaja..adioss…
Sedapnya lagu sad sonata by yoon gun…walaupun tak paham bahasanya..


p/s: azrul dah dua hari tak online facebook..yeaahh im still “alive” yoo…




17.7.11

Facebook : Kita Menguasai Atau Dikuasai?

ASSLAMMUALAIKUM

"Fasal Facebook lagi?"
"Tiada isu lain ke?"
"Lagi-lagi muka buku?"


"Kekadang kita kena uji dan 'test', adakah kita ini menguasai atau dikuasai oleh FB." 
"Bagaimana?" 

Menarik. Saya kira ini satu kaedah yang praktikal yang boleh kita semua lakukan. Katanya, kekadang beliau akan tetapkan satu tempoh agar berhenti seketika dengan penggunaan FB. Contohnya, berhenti atau tidak membuka akaun FB selama seminggu, sebulan atau tempoh-tempoh yang bersesuaian. Kemudian, kita muhasabah diri.

"Apa perasaan kita?"
"Bagaimana kita bertahan, mengawal kehendak perasaan dan bertindak apabila kebiasaan harian kita di'berhenti'kan seketika dalam jadual harian?"
"Gelisahkah kita?"
"Atau kita mampu menjalani kehidupan seperti biasa, penuh ketenangan dan seolah-olah tiada apa yang berlaku."
Alah, senang sahaja tu. – Tersenyum saya apabila mendengar respon sesetengah daripada kawan-kawan dan kenalan yang sememangnya kaki FB. Tetapi apabila minta mereka 'berhenti' seketika:
"Fuh, tidak mudah juga. Rasa lain sangat-sangat!"
Rungsing dan bimbang

Tanpa menafikan kebaikan dan manfaat daripada FB – (menghubungkan jaringan empayar kenalan, persaudaraan, persahabatan dan sebagainya, menjadi medium merancang, merencana, merangka dan melaksanakan apa-apa projek secara maya, menjadi reminder tarikh-tarikh event tertentu dan sebagainya) – FB juga telah membuktikan kesan negatifnya kepada komuniti masyarakat kita.
Facebook kini, menjadi medan untuk meluahkan ketidakpuas hatian kepada seseorang. Medium untuk mengumpat, mencaci, mencerca, menghina, menabur fitnah malah tempat membuka aib manusia. Sebaran dosa berlaku tanpa disedari – berputar 24 jam di dalam alam maya.
Facebook, mewujudkan suasana persengketaan, kekeruhan dan kekacauan dalam persaudaraan sesama manusia. Hanya kerana tersalah faham akan maksud di status di FB – ia akan menguriskan perasaan dan membawa kepada syak wasangka yang keterlaluan dan akhirnya, timbullah pelbagai buah-buah keburukan di luar fikiran manusia.
Membunuh, taburan fitnah dan mengumpat. Suami isteri yang bersengketa sehingga terdedah dengan percuma di layar maya, adik beradik berkelahi sesama sendiri, rakan sepejabat bermasam muka, dan jiran tetangga tidak bertegur sapa. Semuanya kerana, tidak dapat mengawal dan menguasai diri untuk mengendalikan nafsu ketika menggunakan FB.
Marilah kita – semak semula akan hakikat ini. Saya bukanlah penggunaan FB yang mahir, baik atau tidak ada lakukan salah dan silap. Namun, ajakan ini untuk kita perhalusi dan mengamat benar-benar setiap kelakuan, tindakan dan sikap kita dalam amalan harian.
Begitu juga dalam soal menyebarkan hadis daripada nabi Muhammad S.A.W di FB. Kita bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan hal ini. Pastikan sandaran hadis itu benar, sahih dan berasal daripada Rasulullah S.A.W. Saya sendiri pernah ditegur dan diingatkan oleh beberapa orang kenalan tentang perkara ini. Bimbang, kita sebarkan hadis – tetapi sebenarnya ia bukannya hadis yang datang daripada Rasulullah S.A.W. Kita akan menipu dalam keadaan tanpa sedar.
Ketagihan dan Kelalaian FB – Jom kita semak
Untuk ruangan ini, sama-sama kita jujur kepada diri. Sama-sama kita lihat pada hati dan diri sendiri. Bermuhasabah untuk kita lihat akan kualiti dan tahap kepekaan serta kesensitifan diri kita dalam soal ini. Insya-Allah.
Secara praktikal, sama-sama kita lihat adakah kita ini berada dalam zon 'ketagih' kepada FB ini. Sama-sama jujur dalam mengkoreksi diri.
Apa tanda anda ketagihan FB?
(1) Jika melayari internet, laman sesawang FB merupakan laman yang pertama yang akan anda buka. Membukanya dengan penuh keterujaan - sangat-sangat mengharapkan 'sesuatu' daripadanya.
(2) Anda akan rasa tidak selesa jika tidak dapat menghadap FB ini untuk tempoh satu hari. Rasa gelisah, tidak tenang dan menggeletar seluruh jiwa dan raga. Di minda anda : FB, FB, FB, FB.
(3) Anda mampu menghadap laptop, atau komputer berjam-jam lamanya hanya dengan FB. Ya. Menukar status FB sekerapnya mungkin, membalas komentar-komentar dengan penuh minat dan asyik. Ber'chat'ting melalui ruangnya FB dengan rakan-rakan yang online – serentak – kekadang 5 sehingga 10 orang sekaligus. Hebat dan luar biasa!
(4) Anda terlupa untuk melakukan kerja-kerja lain, seperti tugasan kuliah, tugasan daripada boss dan sebagainya sehingga mutu kerja dan produktiviti merudum. Apabila pensyarah kita soal kenapa tidak mampu siapkan assignment pada 'dateline'nya? Alasan kita: Saya sibuk. Maksud tersiratnya ialah, sibuk dengan FB.
(5) Bagi jiwa dan hati anda, tanpa FB anda akan rasai suatu kehilangan dalam kehidupan. Kehilangan yang akan meruntum jiwa, perasaan anda menjadi keluh kesah dan tidak dapat fokus kepada kerja-kerja harian yang lain.
Bagaimana? Ada yang pernah berkata : Aduh pedihnya? Banyak senarai ini terkena kepada aku. Sama-sama kita jujur dalam penilaian ini.
Sama-sama kita check diri kita, adakah kita begitu? Kita semak juga, bentuk-bentuk kelalaian FB. Adakah kita sudah terjebak kepada penyakit ini?
Kelalaian FB
Secara peribadi, FB ini jika disalahertikan dan disalahgunakan ia akan membawa kepada kemudaratan, kelalaian dan kealpaan.
Tanda-tanda kita dalam kelalaian ketika menggunakan FB :
(1) Ibadah harian kita semakin tumpul, dan kita leka serta habiskan banyak masa dengan ber'FB'. Kemanisan untuk beribadah kian hilang. Kelazatan dan kenikmatan membaca al-Quran, mendirikan solat wajib, berzikir dan lain-lain amalan soleh tidak lagi menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan. Bahkan, terasa akan kehambarannya. Pernah, salah seorang rakan saya menasihati saya : "Tanda kita hilang kemanisan beribadah, kita tidak rasa pentingnya solat berjemaah!"
(2) Ketika azan berkumandang di udara, ketika itu kita tiada keupayaan untuk berhenti daripada melayari FB dan terus leka dibuai indah bersama alam ke'facebook'an. Susah sangat-sangat. Dalam hati, tidak mengapa – awal lagi. Kita teruskan dengan dunia FB. Sehinggakan, kita tersentak – waktu solat tinggal beberapa minit sahaja lagi!
(3) Berjam-jam masa dan detik kita dihabiskan untuk menjelajahi alam FB, dan kita semakin seronok dan sayang kepada FB. Sayangnya kita dengan FB membuatkan kita begitu ghairah menerokai kecanggihan, fungsian dan apa sahaja tentang FB walaupun tidak memberikan apa-apa manfaat buat diri kita. Pernah saya jumpa seorang pelajar, daripada pagi sehingga subuh keesokannya berhadapan dengan laptop. Bila ditanya buat apa? – Melayari FB semata-mata!
(4) Kita semakin jarang membuka al-Quran yang menjadi penguat rohani kita. Jika dahulu, sempat menghadap al-Quran setiap hari, kini kita semakin jauh daripada roh al-Quran. Kita kata kita tidak sempat untuk mentadabbur al-Quran kerana sibuk dengan tugasan harian. Awas, saudara-saudariku : berhati-hati dengan istilah kesibukan. Ia akan disoal di hadapan Allah S.W.T kelak.
(5) Zikrullah yang harus menemani kehidupan kita bergantian, dengan FB sebagai peneman hidup yang akrab. Kita kian larut dengan teman hidup yang baru, namanya FB. Kita begitu asyik berdampingnya dengannya sehingga lupakan sesuatu yang lebih penting buat jiwa dan hati kita. Zikrullah, zikir-zikir yang menjadi penenang diri kian luntur dalam sebutan bibir dan hati – lama kelamaan jiwa kita gersang, kosong dan hampir mati.
(6) Tugasan kuliah yang diberikan pensyarah, gagal disiapkan tepat pada masanya. Datelineterlepas dan berasalan bahawa: "Saya sibuk dan tidak sempat." Hal-hal yang lain, tugasan di tempat kerja, bertangguh-tangguh, bertimbun-timbun dan akhirnya kita tidak perform! Tepuk dada, soallah Iman.
(7) Dengan FB, kita leka bersembang dan berbicara tanpa arah tujuan sehingga jiwa kita terasa kekosongan dan lebih parah jika teman bersembang kita itu berlawanan jantina. Bibit-bibit maksiat mulai mencemari kejernihan hati dan akhirnya kita tersangkut dengan cinta nafsu yang memberikan bintik-bintik hitam kepada jiwa.
(8) Budaya kutuk mengutuk, usik mengusik berlawanan jantina, berbincang tanpa asas kemanfaatan dan sebagai mendominasi aktiviti harian kita. Pada awalnya, kita rasa bersalah. Eh, tidak elok begini. Tergetus dalam hati. Namun, lama-lama suntikan jarum Syaitan mulai membawa kepada bibit-bibit yang menyeronokan dan mengasyikkan.
(9) Gambar-gambar yang di'share', di'tag' dan dikomen lebih banyak membawa kepada kemudaratan, menuju ke arah penyebaran dosa dan maksiat. Gambar-gambar yang mendedahkan aurat, menghairahkan, membawa kepada fitnah dan sebagainya harus dielakan untuk diletak di dalam FB kita. Hati-hati dengan hal ini.
Banyak lagi jika disenaraikan. Saya yakin anda sendiri mengetahuinya.
FB jika melalaikan, ia harus dinilai semula.
Anda perasaan tak?
Bahawa, FB kepunyaan kita melambangkan keperibadian kita. Apa yang kita tulis, ungkapkan, bicarakan dan nyatakan adalah sifat kita sebenarnya.
Kekadang tanpa disedari, ada yang membuat penilaian dan memerhatikan kita melalui "wajah" facebook kita.
Ia seolah-olah menampakkan sisi gelap, sahsiah diri kita dan perangai sebenar kita.
Wallahu'alam
Kitalah yang menjadikan FB ini bermanfaat atau sebalik. Marilah kita menjadi hamba-hamba Allah S.W.T yang melayari FB dengan keupayaan untuk menguasainya. Kita yang mengaturkan segala tindak tanduk di FB sama ada penyiaran gambar, menyatakan status, komentar-komentar dan segala sebarang fungsian di dalamnya. Insya-Allah.

*sumber daripada I LUV ISLAM dan diedit serba sedikit...

p/s : dimanakah situasi anda?







16.7.11

alahai SITI NURHALIZA

asslammualaikum..
hye guys..whats up?
dah lama tak mengupdate..
agak busy..busy lah sangat...
baru balik dari kuantan pahang 2-3 hari lepas..


so berbalik kepada tajuk "alahai SITI NURHALIZA"
kenapa dengan siti nurhaliza ni??
azrul peminat siti ke?
tak lah minat sangat...
entah lah..dia tu semacam sikit..
hehehe...


walau apapun..rambut mesti terkeluar sikit...kenapa??tanyalah DCT sendiri..tu fesyen dia katakan...

terbaca satu tweet dari someone...




baru-baru ni siti mula memperkenalkan salah satu lagu didalam album english beliau..
so..congratulation buat DCT...dah lama menapak dalam dunia seni ni baru ada album english...padahal dia boleh buat dah lama dah..

antara event yang DCT buat persembahan lagu englishnya yang bertitle falling in love adalah pada malam gala simply siti di uitm shah dan di anugerah planet muzik 2011...
so lets watch the video..


ni masa anugerah planet muzik 2011...

tahniaahhhhh..(bak kata sean....) buat DCT dengan kelahiran album english pertama beliau...heheheh

p/s : DCT dah menang artis serantau selama sedekad....untuk tahun hadapan DCT tidak akan dicalonkan lagi..yelah..bagi peluang kepada artis-artis lain pulak merasa pegang anugerah tu...

10.7.11

tak semapat-sempat


salam...azrul sebenarnya tak suka nak berblog dalam bahasa inggeris..karang keluar lah bahasa baru...kang ade je salah grammarnye...so..malu teman..tak macam blogger-blogger yang sesetengah tu...bukan nak cakap la...banyak blogger-blogger baru yang tulis entry diaorang dengan bahasa inggeris...kunun nak nampak VOUGE lah kan...padahal..ayat tunggang-langgang...sorry too say..tengok..azrul pon dah kuar bahasa "uncle sam" ni...tapi azrul..lantak pi lah diaorang nak tulis bahasa apapun..sekurang-kurangnya...diaorang berani...tak macam u azrul..biasalah tu...salah grammar sikit-sikit...nak segan apenye...betul juga tu....entahlah..azrul malas....thats all...dah kuar dah...


jadi itu adalah mukadimahnya...so moral of the story...cintailah bahasa kita..ok kan..erm..actually its up to you guys...whether u guys gonna use english or bm..asalkan korang happy..yang penting kitaa enjoy...enjoy time bila??time bila-bila lah...

futhermore..wah...tadi beria tak nak guna bi nye..aleh-aleh ko yang overdoss sudah azrul...ok back to the main title...its just a introduction babe...TAK SEMPAT-SEMPAT

ok..apa kene-mengena dengan tajuk tu??azrul antara berjuta pengguna FACEBOOK..
sekarangkan musim masuk politeknik...so sebelum ni kita orang hanya aktif kat facebook politeknik malaysia je...kat fb politeknik malaysia tu..kita orang chat dengan bakal2 pelajar politeknik seluruh malaysia sahaja..jadi bila dah dapat tahu dapat politeknik kat mana..so adelah seorang admin ni...from politeknik ungku omar jugak...dah create satu gruop untuk batch 93'...so azrul pon join sekaki lah..

yang menjadi persoalannya...more of them..tak bergelar pelajar puo lagi...sebab most of them intake disember...oleh kerana semangat yang berkobar2 nak jadi pelajar poli..maka terciptalah group tu di fb...thats all...tak syok kan entry kali ni..macam hampeh..


p/s: semoga semangat ini tidak akan padam apabila dah jadi pelajar nanti..